Friday, 24 January 2014

Iman bukan setakat mutiara...

Lama da tak mengarang.. 2 minggu pun rase   lama ke? Ayoyoyo... nampak sangat kau da bosan kan.

Meh nak cita pasal anak-anak.  Anak-anak lagi. Hmmm very the mak-mak sangat kan. Yelah kejadah nye memang hari-hari mengadap anak-anak je kan. Bapak nye hadap jugak. Tapi sangat tak relevan dengan tajuk besar blog.

Ni nak cita pasai si tembam. Iman. Tembam ke? Ntah la. 2 hari lepas berskype dengan mama. Diorang dok cakap iman da tembam. Mane tak nye. Mase dia berskype dengan nenek dia tu. Memula dia mkn pisang. Tibe-tibe dia missing in action. Kemudian muncul semula sambil mengunyah roti.

Iman pegi sekolah start pukul 8.30 until 12.30 on tuesday to thursday. Jumaat pulak sampai 11.30 je. So genap 15 jam seminggu untuk dia attend the playgroup. Pepagi aku ngan abah dia akan hantar diorg berdua gi sekolah. Jalan kaki. Dalam 15 minit jugak la berjalan. Sesampai kat sekolah aku akan anta iman while abah nye lepak dengan haikal. Sekolah diorg dalam kawasan yang sama. Building je lain. Pintu masuk sama.

Bile sampai sekolah iman akan simpan lunchbox kat tempat yang disediakan. Kemudian dia akan gantung jacket or coat kat tempat yang telah dikhaskan untuk dia. Gloves dengan hat pun gantung di tempat yang sama. Siap da tulis nama dan ade gambar masing-masing. Mama pulak akan sign in iman masuk dalam buku yang disediakan. Pastu boleh balik. Iman pulak bile sampai sekolah bukan eran lagi kat aku. Nanti pukul 11.30 dia akan lunch dengan kawan-kawan. Iman ni senang. Dia tak pernah complaint ape-ape yang aku bawak. Suma dia telan. Cuma dia penah complain bekal tak cukup jer. Huhuhu.

Bile 12.30 aku akan amik dia balik sekolah. Once again, kene isi buku nak sign off le konon tu. Kat sini tak boleh sebarang-sebarang orang yang bileh amik anak kite. Selain ibu bapa, kalo nak suruh orang lain amik, masa daftar sekolah tu kene btau sape yang boleh ambil. Or else, call sekolah dan maklumkan password untuk orang yang nak amik anak kite. If password nye sama, baru anak kite boleh balik. So, balik pada kisah iman balik sekolah.  Sampai je umah dia akan mintak makan lagi. Kalau dia tak sempat abeskan bekal kat sekolah, balik tu dia continue makan bekal dia. Then mintak epal ke, yogurt, pisang, biskut ape-ape je bende untuk dimakan. Nanti 3.15 abang haikal balik and mintak makan. Iman pun akan makan sekali. Bile petang abah balik, dia join lak abah makan. Begitu la sehingga dia tido malam. Makannnnnn je. Jadi memang layak la dia tembam. Jangan panggil dia gemuk. Dia marah. Dia cuma tembam je. Katenye. Hehehe


Tadi, 10 meter sebelum sampai kat pintu pagar sekolah iman, aku ditegur oleh seseorang. Orang brunei. Anak dia sama sekolah dengan iman. Terperanjat gak aku. Tibe-tibe tegur terus tanye 'iman ok tak kat sekolah. Dia boleh cakap bahasa inggeris tak?' So kami pun bersembang sekejap. Kebetulan hari tu kitorang registerkan anak masing-masing sama hari. Cuma tak bertegur. dia cakap anak dia nangis tiap kali pegi sekolah. Dia kate dia tengok iman sangat ok. Walau pun iman bukan paham ape cikgu cakap, tapi iman seems to enjoy activities kat sekolah dan akan mengambil bahagian dengan aktif. Ok, mama nye da terbayang camne aktifnye si iman. Pelik jugak macam mane dia tau macam-macam pasal iman. rupenye,  tiap hari dia dok teman anak dia kat sekolah. Huhu sampai dia boleh tolong translate ape cikgu cakap kat budak melayu yang tak reti speaking omputeh. Ooo gitu ye. Tapi aku cakap maybe sebab iman da penah sekolah kat malaysia. Dan anak orang tu pun kecik lagi baru 3 tahun lebih dan tak penah bersekolah. So aku cakap dia tak perlu risau sangat. Huhu walau da berhenti sementara dari jawatan guru, tapi naluri seorang guru masih mekar di dalam sanubariku. Pergh, sila muntah. Sekian.

Meh layan gambar2 iman meh


Mama suruh pilih antara playground dengan abang jebat.
Dia pilih playground.



Ni project buat kalendar dekat sekolah.
Iman & bff dia. Mikail.
cikgu cakap kalau budak bedua ni bersembang, 
memang sakan dan tak 
ingat dunia




ni gambar dengan mikail lagi.
mase ni iman belum masuk playgroup lagi.
pegi main kat playground dan terjumpe mikail ni. 
Tak sangke pulak nak jadi bff. 



ish.. sangat geram tengok iman dalam gambar ni.
nampak sangat girlie la pulak.
bile tanye dia nanti iman nak rambut panjang ke pendek.
dia cakap dia nak rambut panjang.
Y?
dia jawab: sebab baru la senang nak jadi perempuan.
hahaha...  yelah anak



huhu ni the other side of iman's calendar.
dia lukis cat.
cat????
ayoyo abstract sangat karyamu ini wahai anak.
tapi, siapa la mama untuk komen. Sebab mama pun kantoi
kalo bab2 melukis.
cuma mama harap,
 iman jangan tunjuk abang haikal kalau iman tak nak kene kutuk. 
Hahahaha

Wednesday, 22 January 2014

35 months to go

Hello...
Genap sebulan kami bermastautin di bumi loughborough. Ade lagi 35 bulan. Insyaallah. Harap tak extend. Hahaha amik kau. Nak sangat kan.
Serius bosan. Freee memanjang. Hari tu lepas hantar imanhaikal pegi sekolah sempat fikiran ni melayang.


Ape yang kau nak?
Nak sangat duduk UK kan!!!
Sunyi.
Kat Malaysia kau ade semua.
Karier, (harta?), keluarga, kawan yang best, tempat lepak, makan sedap.
Sekarang kau rasekan. Dush sila selitkan adengan penumbuk muke sendiri...

Pastukan. Lepas abes sesi berdialog dengan diri sendiri tu trus tiba-tiba diri sendiri ni berkata.
Ala... sekarang ni memang la kau rase sunyi. Bosan. Sedih.
Tapi,
Bende ni la akan kau kenang sebagai pengalaman dan kenangan terindah macam dalam lagu tu. Siap terus buat akujanji dengan diri sendiri. Pikirkan yang indah-indah saje dong. Lagi pun kau kan tak nak dan muak hadap PBS kan? Hihihi bile kenangkan PBS trus rase akulah insan yang paling bertuah di dunia ini sebab Allah tak nak aku kusutkan fikiran. Alhamdulillah. 


Kegembiraan di awal pagi tadi.
1 for £1.65
2 for £2
haruslah teruja.
rase sama

Berendam di musim winter


Shopping groceries sorang2



cheeky meeky imaninot



adegan berani tak nak pakai winter jacket.
konon panas.
mat salleh original pun bertutup bagai

Tuesday, 14 January 2014

First...

Ok. Hari ni frst day haikal and iman start schooling. Akhirnye kan. Sejak november diorang dok bercuti. Haikal sampai da naik bosan.
Hari ni mama officially duduk umah sorang-sorang. Abah dengan anak-anak suma kene pi belajar. Mama goyang kaki jelah. Besok-besok boleh la pi merayap.

Mama bangun awal pagi tadi. Masak dan pack kan lunch abah dan anak-anak. Sementara mama masak, abah tolong settlekan uruskan iman and haikal nye hal. Leceh ok. Kat malaysia diorang da boleh siap mandi manda sendiri. Kat sini kene adjustkan air. Pastu nak gune toiletpun kene tengok-tengok kan. Yelah kan, lantai toilet kat sini kering. Mane ade air basah kuyup memenuhi lantai macam kat malaysia. Stress ok. Da la 1 je bilik air. Kalau baru balik dari town, sure budak berdua tu berebut rebut nak gune toilet. Boleh jadi gado. Mama pun ala-ala kak long kawasan je bile dengar diorang da start bertekak.


So,malas taip lagi. Nak masak pulak. Layan jelah gambaq kat bawah ye.


Iman comel. Mama geram sangat.
dia sangat manja 


Abang having 2nd round breakfast.
tadi da makan cereal dengan susu



Ni lunch box abang. Pisang sebagai snek.



ni sesi try baju sekolah semalam. 
Anak bujang kene pakai shorts. Kat Malaysia dia
memang tak gemar pakai shorts



hahaha... ni kegembiraan aku lagi.
murah rezeki. uncle pot
 (faveret kawan abah bagi iman and haikal
sejak dari malaysia)
yang bagi.


hari ni jalan licin giler. Nasib la mama tak buat free show joget ala kylie minogue tadi.

Sunday, 12 January 2014

Ayam...

Ada apa dengan ayam?
Saje nak kabar. Ksini sehari kami makan seekor ayam. Dasyat? Ala... mane tak sekor. Ayam kecik jek. Pastu pulak makan berempat. Lunch dengan dinner. Semenjak duduk sini selera anak bujang pun alhamdulillah. Baru kenal erti lapar. Anak dara pulak, memang memanjang berselera.


Ade orang. Beberapa orang yang aku kenal la. Kalau beli ayam diorang prefer part ayam yang tertentu jek. Ade yang tulang. Meaning dia tak sukeisi ayam. So bile beli ayam dia akan cari whole leg ayam jer. Ade pulak gang isi. Gang ni kire antonim dengan gang tulang. As for me, aku gang whole chicken. Kalo beli ayam memang tak prefer beli sekor ayam tapi kene potong la. Tak kisah ape bahagian. Kite kene la versatile.  Ececeh konon.


Selalu nye bahagian tulang ni aku gune untuk masak lauk berkuah atau gulai. Macam kari kah, masak lemak kah, masak merah kah, kurma kah atau goreng biase-biase tu. Tang bahagian isi tu leh masak lauk simple macam ayam black pepper, ayam goreng kunyit, ayam goreng, ayam tomyam atau tomyam ayam. Paling koman pun bubuh dalam nasik or mi goreng. Letak dalam pasta pun buleh.


Hahaha tu je nak cita. Post ala mak-mak sangat kan...



Ni menu lunch tadi. Bahagian tulang wat nasik ayam




Dinner pulak gune bahagian isi. Black pepper chicken. Tapi takde gambar. Hehehehe




ok yang ni pulak kegembiraan aku hari ini. Sedap gile ok.

Siang tadi encik abah pi la survey kereta yang nak dibeli. tapi Nampak nye belum sampai Rezeki nak berkereta lagi. First kereta yang nak beli tu da ade orang ambil. Kereta yang dia pegi survey tadi ala-ala semput. Takpe la. Mungkin ade rezeki yang lebih baik kemudian nanti. 
ameen...

Thursday, 9 January 2014

sekolah lagi

Kelmarin lepas da submit borang playgroud iman. Cikgu dia suruh datang rabu depan untuk sesi perbincangan dan sign paperworks. Tapi manager playgroup tu cakap datang je esok. Dia akan tolong dengan paperwork tu suma. Jadi cikgu dia tak leh ingkar perintah la kan..

esok nye (semalam)lepas zohor kami bertiga pun melangkah kaki ke thorpe acre playgroup. Abah tak join sebab ade sesi induction kat uni. Berjalanlah kami selama 15 minit. Kitorg sampai terawal walau pun giliran kitorang last skali. Hmm budak2 enjoy la dengan segala macam toys yang ade. Mama nye amik kesempatan meround dan meninjau persekitaran luar dan dalam playgroup. Sampai naik bosan siap terduduk sama sambil join imanhaikal main train.

tunggu punya tunggu giliran kami pun tiba. So manager playgroup tu sendiri entertain mama ok. Nama dia mrs giles. Da berumur tapi slim and nampak loving dan caring. So mrs giles pun explain segala bagai hal berkaitan playgroup sambil2 mama isikan forms. Siap kene isi borang bagi permission ke tak untuk depa nak observe and recordkan development iman. Pastu ade borang permission samada bagi ke tak gambar iman diambil sekiranya ade ape2 event kat school.

hari tu kan ade bagitau yang iman kene attend 15 hours per week untuk sesi playgroup dia. Kita plan 3 jam sehari isnin sampai jumaat. Meaning iman takkan lunch kt playgroup. Kalau nak lunch kat playgroup kene amik sesi 4 jam sampai 12.30. Tapi memandangkan sept 2014 nanti iman da nak sekolah betul (reception), mrs giles cadangkan iman join sesi yang ade lunch. Pikir-pikir balik. Why not. Bagi dia familiar awal-awalkan. Last-last mama setuju iman pegi playgroup dari selasa till khamis untuk sesi 4 jam dengan lunch. Jumaat hanya 3 jam without lunch. so skang mama tengah berkobar-kobar nak cari lunch box dengan lunch bag untuk iman. Survey kat argos mahal tapi just ade bag and bottle jek. Kami amazon murah tapi lambat dapat sebab nak kene pos. Stress ok.

next tuesday 14.1.14 iman akan start playgroup session dia. Lawa kan tarikh dia. Makne nye abang  kene dok umah dengan mama sebab tak dapat respond dari council lagi. Adeh. cepatlah abang sekolah.leh mama bersukaria merayap kat city centre.hahaha...

bukan ape la. Sebenarnye risau dia ketinggalan. Sebabnye sesi sekolah kat uk ni start bulan september. Ni da januari. Da 4 bulan budak kat uk sekolah. Bulan september ni dia da nak naik year 3. Sempatkah? Ala.. tak payah risau mama. Haikal bukan nye kene buat pbs. Kat sini budak-budak dinilai dan diukur ikut kemampuan mereka sendiri. Tapi, BUKANKAH KONSEP PBS KAT MALAYSIA PUN MACAM TU KE MAMA? hahahahahha mama senyum jelah. Taknak jawab. Boleh? Mama da putus cinta dengan pbs tau tak.

Reminder. Takut mama lupe.


Homework untuk mama isikan jurnal development iman



borang lagi. Selain parents sape yang boleh amik iman balik sekolah



 
perkara-perkara lain yang ibubapa perlu tahu

Tuesday, 7 January 2014

hari mendaftar sekolah anak2

Selepas 2 minggu murid-murid kat uk ni bercuti krismas dan tahun baru, semalam diorang sudah start bersekolah. Tapi semalam aku tak sempat nak gi register kan sekolah iman dan haikal. Sebab nye abah diorang kene jumpe supervisor.

So hari ni baru berkesempatan pegi. Sebenarnye untuk register sekolah kene apply online. Tapi tak berjaya buat. Geram. Ok. So, hari ni plan nak walk in je kat sekolah yang dipilih. Memandangkan kitorg nak submit borang playgroup iman. So pegi jela tanye2 kan sekali harung.

Sekolah yang kitorang decide. Well aceli mama nye yang decide nak anta tu nama dia thorpe acre infant school. Memang mase kat malaysia da survey a few schools. Sekolah ni yang first aku survey. Tak sangke pulak dapat rumah yang dalam area skolah ni.  Allah memang hebat. Tak sangke ok. Tadi pegi tanye. Alhamdulillah, mmg ade available place for izz haikal.  Tapi still kene apply samada online or submit form kt council. Alamak. Lemah kejap. Sebab hari tu buat tapi tak berjaya. Ntah ape masalah nye ntah la. Tapi takpe. Dalam hati cakap nak try lagi skali.

da settle kan haikal. Kami settlekan iman, iman nye playgroup tu dlm kawasan sekolah haikal jugak. Nama dia thorpe acre playgroup. Iman da mula nanges. Takut la tu. Siap cakap. Iman tak pandai bahasa inggeris. Bab memujuk anak dara harus diserah pada abah. Hehehe....

so abah pun dukung si manje busyuk dia tu. Kami pun pegi la playgroup. Best gilllerrr. Mainan penuh merata2. Dlm dan luar bangunan. Iman yang dari takut jadi syok. Dia sempat la main mainan2 dalam tu sementara mama and abah discuss dengan cikgu kt situ. Esok, cikgu tu suruh datang untuk siapkan paperwork sebelum iman leh start sesi playgroup dia. Kami plan anta iman setiap hari. Dari 8.30 sampai 11.30. Keje dia maaaaaiiiinn je. Sebebas bebas nye. Kalo nak sampai 12.30 pun boleh. Tp kene pack kan lunch dia la. Seminggu iman kene attend 15 jam playgroup.  Bile nak balik nampak nye dia macam tak puas hati. Siap cakap. Iman nak pegi sekolah... helleh.. mentang sekolah main. Suke la tu.

*** kami sangat suprise bile diberitahu haikal akan masuk year 2. Adeh... rase mcm da besar sangat anaj bujang kene masuk year 2. Iman pulak tahun september ni dia akan masuk sekolah betul. Tapi kelas reception. Ala2 pra sekolah kot. Kami da registerkan dia reception sama dengan sekolah abang. So bile diorg ni da start sekolah mama akan start busy kot. Pagi2 anta diorang. 11.30 amik si iman. Pukul 3 kuar lagi amik abang. Wah, leh kurus kaki mama camni. Hahahahha




Monday, 6 January 2014

salam paling manis

Hallo...
lebih setahun blog makcik bersarang. Spiderman pun x lalu nak tumpang tido. Insyaallah akan kembali berkarya semula. Dengan cerita2 yang lebih panas.

Tahun lps malas nk up cita sbb very the boring. Takut suma orang muntah kalo bace. Cita pasal keje yang superbosan sampai kalo dikenang balik mmg tak sanggup nak kenang. Until then.  Tha tha...