Friday, 24 January 2014

Iman bukan setakat mutiara...

Lama da tak mengarang.. 2 minggu pun rase   lama ke? Ayoyoyo... nampak sangat kau da bosan kan.

Meh nak cita pasal anak-anak.  Anak-anak lagi. Hmmm very the mak-mak sangat kan. Yelah kejadah nye memang hari-hari mengadap anak-anak je kan. Bapak nye hadap jugak. Tapi sangat tak relevan dengan tajuk besar blog.

Ni nak cita pasai si tembam. Iman. Tembam ke? Ntah la. 2 hari lepas berskype dengan mama. Diorang dok cakap iman da tembam. Mane tak nye. Mase dia berskype dengan nenek dia tu. Memula dia mkn pisang. Tibe-tibe dia missing in action. Kemudian muncul semula sambil mengunyah roti.

Iman pegi sekolah start pukul 8.30 until 12.30 on tuesday to thursday. Jumaat pulak sampai 11.30 je. So genap 15 jam seminggu untuk dia attend the playgroup. Pepagi aku ngan abah dia akan hantar diorg berdua gi sekolah. Jalan kaki. Dalam 15 minit jugak la berjalan. Sesampai kat sekolah aku akan anta iman while abah nye lepak dengan haikal. Sekolah diorg dalam kawasan yang sama. Building je lain. Pintu masuk sama.

Bile sampai sekolah iman akan simpan lunchbox kat tempat yang disediakan. Kemudian dia akan gantung jacket or coat kat tempat yang telah dikhaskan untuk dia. Gloves dengan hat pun gantung di tempat yang sama. Siap da tulis nama dan ade gambar masing-masing. Mama pulak akan sign in iman masuk dalam buku yang disediakan. Pastu boleh balik. Iman pulak bile sampai sekolah bukan eran lagi kat aku. Nanti pukul 11.30 dia akan lunch dengan kawan-kawan. Iman ni senang. Dia tak pernah complaint ape-ape yang aku bawak. Suma dia telan. Cuma dia penah complain bekal tak cukup jer. Huhuhu.

Bile 12.30 aku akan amik dia balik sekolah. Once again, kene isi buku nak sign off le konon tu. Kat sini tak boleh sebarang-sebarang orang yang bileh amik anak kite. Selain ibu bapa, kalo nak suruh orang lain amik, masa daftar sekolah tu kene btau sape yang boleh ambil. Or else, call sekolah dan maklumkan password untuk orang yang nak amik anak kite. If password nye sama, baru anak kite boleh balik. So, balik pada kisah iman balik sekolah.  Sampai je umah dia akan mintak makan lagi. Kalau dia tak sempat abeskan bekal kat sekolah, balik tu dia continue makan bekal dia. Then mintak epal ke, yogurt, pisang, biskut ape-ape je bende untuk dimakan. Nanti 3.15 abang haikal balik and mintak makan. Iman pun akan makan sekali. Bile petang abah balik, dia join lak abah makan. Begitu la sehingga dia tido malam. Makannnnnn je. Jadi memang layak la dia tembam. Jangan panggil dia gemuk. Dia marah. Dia cuma tembam je. Katenye. Hehehe


Tadi, 10 meter sebelum sampai kat pintu pagar sekolah iman, aku ditegur oleh seseorang. Orang brunei. Anak dia sama sekolah dengan iman. Terperanjat gak aku. Tibe-tibe tegur terus tanye 'iman ok tak kat sekolah. Dia boleh cakap bahasa inggeris tak?' So kami pun bersembang sekejap. Kebetulan hari tu kitorang registerkan anak masing-masing sama hari. Cuma tak bertegur. dia cakap anak dia nangis tiap kali pegi sekolah. Dia kate dia tengok iman sangat ok. Walau pun iman bukan paham ape cikgu cakap, tapi iman seems to enjoy activities kat sekolah dan akan mengambil bahagian dengan aktif. Ok, mama nye da terbayang camne aktifnye si iman. Pelik jugak macam mane dia tau macam-macam pasal iman. rupenye,  tiap hari dia dok teman anak dia kat sekolah. Huhu sampai dia boleh tolong translate ape cikgu cakap kat budak melayu yang tak reti speaking omputeh. Ooo gitu ye. Tapi aku cakap maybe sebab iman da penah sekolah kat malaysia. Dan anak orang tu pun kecik lagi baru 3 tahun lebih dan tak penah bersekolah. So aku cakap dia tak perlu risau sangat. Huhu walau da berhenti sementara dari jawatan guru, tapi naluri seorang guru masih mekar di dalam sanubariku. Pergh, sila muntah. Sekian.

Meh layan gambar2 iman meh


Mama suruh pilih antara playground dengan abang jebat.
Dia pilih playground.



Ni project buat kalendar dekat sekolah.
Iman & bff dia. Mikail.
cikgu cakap kalau budak bedua ni bersembang, 
memang sakan dan tak 
ingat dunia




ni gambar dengan mikail lagi.
mase ni iman belum masuk playgroup lagi.
pegi main kat playground dan terjumpe mikail ni. 
Tak sangke pulak nak jadi bff. 



ish.. sangat geram tengok iman dalam gambar ni.
nampak sangat girlie la pulak.
bile tanye dia nanti iman nak rambut panjang ke pendek.
dia cakap dia nak rambut panjang.
Y?
dia jawab: sebab baru la senang nak jadi perempuan.
hahaha...  yelah anak



huhu ni the other side of iman's calendar.
dia lukis cat.
cat????
ayoyo abstract sangat karyamu ini wahai anak.
tapi, siapa la mama untuk komen. Sebab mama pun kantoi
kalo bab2 melukis.
cuma mama harap,
 iman jangan tunjuk abang haikal kalau iman tak nak kene kutuk. 
Hahahaha

Wednesday, 22 January 2014

35 months to go

Hello...
Genap sebulan kami bermastautin di bumi loughborough. Ade lagi 35 bulan. Insyaallah. Harap tak extend. Hahaha amik kau. Nak sangat kan.
Serius bosan. Freee memanjang. Hari tu lepas hantar imanhaikal pegi sekolah sempat fikiran ni melayang.


Ape yang kau nak?
Nak sangat duduk UK kan!!!
Sunyi.
Kat Malaysia kau ade semua.
Karier, (harta?), keluarga, kawan yang best, tempat lepak, makan sedap.
Sekarang kau rasekan. Dush sila selitkan adengan penumbuk muke sendiri...

Pastukan. Lepas abes sesi berdialog dengan diri sendiri tu trus tiba-tiba diri sendiri ni berkata.
Ala... sekarang ni memang la kau rase sunyi. Bosan. Sedih.
Tapi,
Bende ni la akan kau kenang sebagai pengalaman dan kenangan terindah macam dalam lagu tu. Siap terus buat akujanji dengan diri sendiri. Pikirkan yang indah-indah saje dong. Lagi pun kau kan tak nak dan muak hadap PBS kan? Hihihi bile kenangkan PBS trus rase akulah insan yang paling bertuah di dunia ini sebab Allah tak nak aku kusutkan fikiran. Alhamdulillah. 


Kegembiraan di awal pagi tadi.
1 for £1.65
2 for £2
haruslah teruja.
rase sama

Berendam di musim winter


Shopping groceries sorang2



cheeky meeky imaninot



adegan berani tak nak pakai winter jacket.
konon panas.
mat salleh original pun bertutup bagai

Tuesday, 14 January 2014

First...

Ok. Hari ni frst day haikal and iman start schooling. Akhirnye kan. Sejak november diorang dok bercuti. Haikal sampai da naik bosan.
Hari ni mama officially duduk umah sorang-sorang. Abah dengan anak-anak suma kene pi belajar. Mama goyang kaki jelah. Besok-besok boleh la pi merayap.

Mama bangun awal pagi tadi. Masak dan pack kan lunch abah dan anak-anak. Sementara mama masak, abah tolong settlekan uruskan iman and haikal nye hal. Leceh ok. Kat malaysia diorang da boleh siap mandi manda sendiri. Kat sini kene adjustkan air. Pastu nak gune toiletpun kene tengok-tengok kan. Yelah kan, lantai toilet kat sini kering. Mane ade air basah kuyup memenuhi lantai macam kat malaysia. Stress ok. Da la 1 je bilik air. Kalau baru balik dari town, sure budak berdua tu berebut rebut nak gune toilet. Boleh jadi gado. Mama pun ala-ala kak long kawasan je bile dengar diorang da start bertekak.


So,malas taip lagi. Nak masak pulak. Layan jelah gambaq kat bawah ye.


Iman comel. Mama geram sangat.
dia sangat manja 


Abang having 2nd round breakfast.
tadi da makan cereal dengan susu



Ni lunch box abang. Pisang sebagai snek.



ni sesi try baju sekolah semalam. 
Anak bujang kene pakai shorts. Kat Malaysia dia
memang tak gemar pakai shorts



hahaha... ni kegembiraan aku lagi.
murah rezeki. uncle pot
 (faveret kawan abah bagi iman and haikal
sejak dari malaysia)
yang bagi.


hari ni jalan licin giler. Nasib la mama tak buat free show joget ala kylie minogue tadi.

Sunday, 12 January 2014

Ayam...

Ada apa dengan ayam?
Saje nak kabar. Ksini sehari kami makan seekor ayam. Dasyat? Ala... mane tak sekor. Ayam kecik jek. Pastu pulak makan berempat. Lunch dengan dinner. Semenjak duduk sini selera anak bujang pun alhamdulillah. Baru kenal erti lapar. Anak dara pulak, memang memanjang berselera.


Ade orang. Beberapa orang yang aku kenal la. Kalau beli ayam diorang prefer part ayam yang tertentu jek. Ade yang tulang. Meaning dia tak sukeisi ayam. So bile beli ayam dia akan cari whole leg ayam jer. Ade pulak gang isi. Gang ni kire antonim dengan gang tulang. As for me, aku gang whole chicken. Kalo beli ayam memang tak prefer beli sekor ayam tapi kene potong la. Tak kisah ape bahagian. Kite kene la versatile.  Ececeh konon.


Selalu nye bahagian tulang ni aku gune untuk masak lauk berkuah atau gulai. Macam kari kah, masak lemak kah, masak merah kah, kurma kah atau goreng biase-biase tu. Tang bahagian isi tu leh masak lauk simple macam ayam black pepper, ayam goreng kunyit, ayam goreng, ayam tomyam atau tomyam ayam. Paling koman pun bubuh dalam nasik or mi goreng. Letak dalam pasta pun buleh.


Hahaha tu je nak cita. Post ala mak-mak sangat kan...



Ni menu lunch tadi. Bahagian tulang wat nasik ayam




Dinner pulak gune bahagian isi. Black pepper chicken. Tapi takde gambar. Hehehehe




ok yang ni pulak kegembiraan aku hari ini. Sedap gile ok.

Siang tadi encik abah pi la survey kereta yang nak dibeli. tapi Nampak nye belum sampai Rezeki nak berkereta lagi. First kereta yang nak beli tu da ade orang ambil. Kereta yang dia pegi survey tadi ala-ala semput. Takpe la. Mungkin ade rezeki yang lebih baik kemudian nanti. 
ameen...

Thursday, 9 January 2014

sekolah lagi

Kelmarin lepas da submit borang playgroud iman. Cikgu dia suruh datang rabu depan untuk sesi perbincangan dan sign paperworks. Tapi manager playgroup tu cakap datang je esok. Dia akan tolong dengan paperwork tu suma. Jadi cikgu dia tak leh ingkar perintah la kan..

esok nye (semalam)lepas zohor kami bertiga pun melangkah kaki ke thorpe acre playgroup. Abah tak join sebab ade sesi induction kat uni. Berjalanlah kami selama 15 minit. Kitorg sampai terawal walau pun giliran kitorang last skali. Hmm budak2 enjoy la dengan segala macam toys yang ade. Mama nye amik kesempatan meround dan meninjau persekitaran luar dan dalam playgroup. Sampai naik bosan siap terduduk sama sambil join imanhaikal main train.

tunggu punya tunggu giliran kami pun tiba. So manager playgroup tu sendiri entertain mama ok. Nama dia mrs giles. Da berumur tapi slim and nampak loving dan caring. So mrs giles pun explain segala bagai hal berkaitan playgroup sambil2 mama isikan forms. Siap kene isi borang bagi permission ke tak untuk depa nak observe and recordkan development iman. Pastu ade borang permission samada bagi ke tak gambar iman diambil sekiranya ade ape2 event kat school.

hari tu kan ade bagitau yang iman kene attend 15 hours per week untuk sesi playgroup dia. Kita plan 3 jam sehari isnin sampai jumaat. Meaning iman takkan lunch kt playgroup. Kalau nak lunch kat playgroup kene amik sesi 4 jam sampai 12.30. Tapi memandangkan sept 2014 nanti iman da nak sekolah betul (reception), mrs giles cadangkan iman join sesi yang ade lunch. Pikir-pikir balik. Why not. Bagi dia familiar awal-awalkan. Last-last mama setuju iman pegi playgroup dari selasa till khamis untuk sesi 4 jam dengan lunch. Jumaat hanya 3 jam without lunch. so skang mama tengah berkobar-kobar nak cari lunch box dengan lunch bag untuk iman. Survey kat argos mahal tapi just ade bag and bottle jek. Kami amazon murah tapi lambat dapat sebab nak kene pos. Stress ok.

next tuesday 14.1.14 iman akan start playgroup session dia. Lawa kan tarikh dia. Makne nye abang  kene dok umah dengan mama sebab tak dapat respond dari council lagi. Adeh. cepatlah abang sekolah.leh mama bersukaria merayap kat city centre.hahaha...

bukan ape la. Sebenarnye risau dia ketinggalan. Sebabnye sesi sekolah kat uk ni start bulan september. Ni da januari. Da 4 bulan budak kat uk sekolah. Bulan september ni dia da nak naik year 3. Sempatkah? Ala.. tak payah risau mama. Haikal bukan nye kene buat pbs. Kat sini budak-budak dinilai dan diukur ikut kemampuan mereka sendiri. Tapi, BUKANKAH KONSEP PBS KAT MALAYSIA PUN MACAM TU KE MAMA? hahahahahha mama senyum jelah. Taknak jawab. Boleh? Mama da putus cinta dengan pbs tau tak.

Reminder. Takut mama lupe.


Homework untuk mama isikan jurnal development iman



borang lagi. Selain parents sape yang boleh amik iman balik sekolah



 
perkara-perkara lain yang ibubapa perlu tahu

Tuesday, 7 January 2014

hari mendaftar sekolah anak2

Selepas 2 minggu murid-murid kat uk ni bercuti krismas dan tahun baru, semalam diorang sudah start bersekolah. Tapi semalam aku tak sempat nak gi register kan sekolah iman dan haikal. Sebab nye abah diorang kene jumpe supervisor.

So hari ni baru berkesempatan pegi. Sebenarnye untuk register sekolah kene apply online. Tapi tak berjaya buat. Geram. Ok. So, hari ni plan nak walk in je kat sekolah yang dipilih. Memandangkan kitorg nak submit borang playgroup iman. So pegi jela tanye2 kan sekali harung.

Sekolah yang kitorang decide. Well aceli mama nye yang decide nak anta tu nama dia thorpe acre infant school. Memang mase kat malaysia da survey a few schools. Sekolah ni yang first aku survey. Tak sangke pulak dapat rumah yang dalam area skolah ni.  Allah memang hebat. Tak sangke ok. Tadi pegi tanye. Alhamdulillah, mmg ade available place for izz haikal.  Tapi still kene apply samada online or submit form kt council. Alamak. Lemah kejap. Sebab hari tu buat tapi tak berjaya. Ntah ape masalah nye ntah la. Tapi takpe. Dalam hati cakap nak try lagi skali.

da settle kan haikal. Kami settlekan iman, iman nye playgroup tu dlm kawasan sekolah haikal jugak. Nama dia thorpe acre playgroup. Iman da mula nanges. Takut la tu. Siap cakap. Iman tak pandai bahasa inggeris. Bab memujuk anak dara harus diserah pada abah. Hehehe....

so abah pun dukung si manje busyuk dia tu. Kami pun pegi la playgroup. Best gilllerrr. Mainan penuh merata2. Dlm dan luar bangunan. Iman yang dari takut jadi syok. Dia sempat la main mainan2 dalam tu sementara mama and abah discuss dengan cikgu kt situ. Esok, cikgu tu suruh datang untuk siapkan paperwork sebelum iman leh start sesi playgroup dia. Kami plan anta iman setiap hari. Dari 8.30 sampai 11.30. Keje dia maaaaaiiiinn je. Sebebas bebas nye. Kalo nak sampai 12.30 pun boleh. Tp kene pack kan lunch dia la. Seminggu iman kene attend 15 jam playgroup.  Bile nak balik nampak nye dia macam tak puas hati. Siap cakap. Iman nak pegi sekolah... helleh.. mentang sekolah main. Suke la tu.

*** kami sangat suprise bile diberitahu haikal akan masuk year 2. Adeh... rase mcm da besar sangat anaj bujang kene masuk year 2. Iman pulak tahun september ni dia akan masuk sekolah betul. Tapi kelas reception. Ala2 pra sekolah kot. Kami da registerkan dia reception sama dengan sekolah abang. So bile diorg ni da start sekolah mama akan start busy kot. Pagi2 anta diorang. 11.30 amik si iman. Pukul 3 kuar lagi amik abang. Wah, leh kurus kaki mama camni. Hahahahha




Monday, 6 January 2014

salam paling manis

Hallo...
lebih setahun blog makcik bersarang. Spiderman pun x lalu nak tumpang tido. Insyaallah akan kembali berkarya semula. Dengan cerita2 yang lebih panas.

Tahun lps malas nk up cita sbb very the boring. Takut suma orang muntah kalo bace. Cita pasal keje yang superbosan sampai kalo dikenang balik mmg tak sanggup nak kenang. Until then.  Tha tha...





Thursday, 22 November 2012

cinnamon rocks and rolls...

lama da ngidam. tapi every time balik kl memang x sempat carik. memandangkan ketagihan da melampau. jadi ade baiknye kite buat sendiri. hehehe it was my 2nd attempt. first time wat 4 tahun yang lampau. hok tu buat kene gune yis. luckily this time jumpe a very simpe recipe kat internet. why not cuba. simple2 pun makan 2 jam nak buat tau . pape pun aku dapat makan dengan puas. hoho. tambah pulak bile letak itu cream cheese frosting then panaskan dalam oven. bessssssst sangat.



jangan lupa minum air masak bebanyak lepas makan bende alah tu. sebab giler manis. hahaha

chocolate waffle sticks


hari ni officially anak2 duduk umah dengan mama. so hari ni mama plan special breakfast to start the day for her kids. ewah. da seminggu waffle sticks maker tu kuterima. jadi inilah masa untuk testing bende alah tu.









punye la banyak lebihan batter tu kan. nak buang memang sayang. nk simpan dalam fridge,? takkan nak ulang bende tu sampai seminggu kan. jadi telah kumasukkan dalam tin cake lalu kusumbatkan dalam oven agar menjadi kekke brownies ke kan. leh jadikan dessert untuk dinner nanti. makan dengan aiskrim vanilla. hoho dan hasil nye? alhamdulillah jadi. yihah.. dessert untuk husben and anak2 je. mak tokleh makan. nanti gemuk melampau. hehehe

Monday, 12 November 2012

istanbul... tunggu aku. boleh??

malam semalam aku pi tengok wayang kat gsc east coast mall. elok sampai kuantan petang tu, malam da lupa diri. huahua.. pi dgn adik pompuan aku the one and only sister. orang belanja. on je la. padahal si kakak yang beriye nak tgk istanbul. siyes ckp nak tgk sebab shooting kt istanbul. salah satu tempat yang aku nak pegi  dalam wish list. insyaallah, satu hari nanti. ameen.... hihihi kebetulan  encek abah masih  kat kl since last thursday. jadi panel penanda kertas exam budak matrikulasi. mama aku lak sporting sudi jadi babysitter tak berbayar.


ok. ape yang aku leh cakap cita ni sangat menghiburkan. tak bosan dan tak meleret2. lisa surihani sangat comel. suke dressing dia dalam cita ni. cute to the maxx. tomok? hmmm not bad la lakonan dia. tak padan nerd,  dpt awek cun lak tu. tu pun masih bleh curang. tapi kan, beto kusyairy tu macam comel jugak. suke tgk dia berlakon dalam cita ni. tinggi dan kurus. ciri2 lelaki idaman masa zaman dulu2. hahaha bolehh pulak aku mengarut.

so, pi la tengok. best ok. aku enjoy. dan aku rase puas hati sbb dapat ketawa puas2. hihihi
gambaq ni aku google jek...

Thursday, 8 November 2012

sekolah oo sekolah

pejam celik pejam celik... tak sangke tahun depan si budak tecik tu ds nak skolah. ish mama da tak sabar nak shopping barang skolah iman... kalo ikutkan hati tadi da selamat da mama menyeshop beg skolah untuk dia.



da tbayang da segala bahai alat tulis suma kaler pink macam beg kat atas tu. ohmai... mama poyo. tahun depan dak tecik tu nak pi skolah main2 ja. jangan poyo wahai mama. dak tecik tu nak pi kelas budak 4 tahun. jangan menyeshop bagai...
semenjak dak tecik tu da membesa bagai johan, rase nye tiap minggu mama asek menyeshop untuk dia. nak2 dia pun da pandai poyo macam mama. kalo si abang asek nak sound mama je asek2 beli baju. asek2 usya beg. halah, yang dia dengan abah tu asek2 beli transformers  ja camno?

Tuesday, 6 November 2012

poyo

ye beginilah cara kite berpoyo2 di rumah bile sengsorang. sementara anak2 blum pulang ye.


actually dulu memang aku rajin gk melilit2 ni. tapi semenjak pindah skbh malas nak melilit pulak.

Sunday, 4 November 2012

selamat balik ke sarang

alhamdulillah... akhir nye selamat sampai kami berempat ke syurga istana kami. penat seyh.. sampai2 je trus letak beg dan humban baju kotor dalam washing machine sambil2 pilih baju mane yang nak kena hand wash. pastu trus capai baju budak berdua tu untuk pi school esok. gitu la naseb mak mak orang cam aku ni. sebelum berjalan da sah2 penat packing baju dan segala bende bagai. da balik pun penat nak meng unload segala macam barang. sekolah ade baki 5 hari je lagi. yahoooo....

budak kecik berdua tu nampak macam tak penat je. sesampai umah si abang siram2 badan dan tukar baju baju tido. si adik lak abah tolong tukarkan baju. pastu depa bantai layan dvd boboyboi kat playroom. pergh..

Monday, 29 October 2012

keje aku, keje aku. keje orang? pun keje aku jugak ke?

sambung dari previous post...

huhu aku manage utk menyiapkan tapak untuk buku program untuk hari kualiti masa kat skolah tadi. la ni hanye perlu tunggu senarai nama penerima hadiah je. so tadi pi la tanye kat empunye ajk yang uruskan senarai nama. tanye dengan mengamalkan prinsip rukunegara yang kelima ok.. ( sila lafazkan rukunegara untuk tahu ape dia prinsip yang kelima tu).

alih-alih aku disembur. "SEPATUTNYA KO YANG KENA BUAT BORANG. KITORANG CUMA ISIKAN NAMA JA"

aku pun terdiam kejap. sebab kat keterangan tugas takde pun suruh aku wat borang. kalo tak silap aku la kan. aku pun pi check balik senarai tugas ahli jawatankuasa. then, ini yang aku jumpe....





tada... hok atas tu memang termaktub bidang tugas aku dan ajk aku. takdok suruh buat borang pun.hok yang bawah tucterang-terang tugas yang pertama da suruh dapatkan senarai nama. macam mane nak dapatkan senarai nama?  buat la borang kan... ish ish... malas nak komen la... 

Kena buli

argh... selama dua minggu ni aku mampu bertahan dengan tekanan keje yang tahap maksima. sampai berat aku naik 2 kg dalam masa 2 minggu je tau. berkorban sampai terkorban...  everything about those systems yang aku penah mention suma aku da settle kan. da cuci tangan da dengan keje2 tu. skang time to focus dengan segala pelaporan 2012 dan perancangan 2013. bile senarai kuar, nama aku la yang paling banyak kena hadap bende tu. for kurikulum je 4 laporan aku kena buat.  ade orang 1 pun tak kena. tu belum laporan dan perancangan untuk HEM lagi tu. diorang ni tak adil tau.  tau kite leh wat keje, suma keje nak bagi kat kite. selain bende2 laporan tu aku kena hadap buku program Hari Kualiti sekali.

so, hari ni aku 4 waktu berderet waktu pagi, plan lepas abes kelas nak bincang dengan Ketua Panitia  Muzik dan Matematik (aku setiausaha panitia) dan Setiausaha Panitia Pendidikan Moral ( aku ketua panitia) sebelum aku cetak those reports yang aku da buat. selain tu aku plan nak start hadap buku program dan buat ape tapak dia dulu sebelum dapat segala maklumat yang perlu disumbat dalam buku tu nanti.

alih2 bile aku masuk staffroom, aku tengok aku dapat 3 waktu relief. NYAMPAH HOKEH!!!!!! serius sangat aku bukan kaki rebel bab keje. bagi keje aku buat je. tapi ni da jadi macam BULI!!!! ade orang yang kelas dia cuma 2 waktu sehari tapi dapat 1 je relief nye. ade orang yang langsung tak dapat relief. pe**jadah nye... pastu bagi relief berderet kelas yang sama. tetibe aku teringat GPK1 SKBL aku yang lama. walau dia tu nampak kalut, tapi dia takkan buat cikgu2 macam ni. bagi relief back to back, bagi jadual 4 waktu berderet tiap hari. bagi pj 2 masa terus untuk 1 kelas. suma ni memang mengarut!!!!!!!!! aku pelik la apsal banyak2 pelawat yang da datang tak perasan bende ni suma....

ini sungguh mencabar kepositifan aku yang baru nak naik. pagi tadi kemain try to bulid the positive mode. sampai sekolah trus menjunam. aku tak kira aku membebel ja. lantak pi sapa yang dengar nak cakap ape cakap je la. aku da sakit hati.



serius sangat aku tak suke politik kat tempat keje. orang yang kaki bising or tak pandai wat keje akan selamat hidup dia. tapi orang yang tak berkira dan buat keje akan la disuruh wat macam2. tapi bile kite bising, dikata kita berkira. podah...

terukir di bintang tak mungkin hilang ♥ku padamu


Friday, 26 October 2012

leave.me.alone

sape suruh nak komen2 yang aku tak menyempat nak upload gambar konon...sape suruh ko follow aku? ade aku suruh ke ko follow? ko yang terhegeh2 nak follow aku kat instagram. aku create instagram cuma untuk share gambar aku dengan kawan2 rapat aku je. sbb tak suma kat fb tu aku consider as kawan rapat. ko tu lagi la aku tak consider as rapat. hagak2 kalo ko tau aku ade blog pun ko terhegeh2 nak follow jugak. pastu komen macam2 kat batang idung aku.


nasihat aku kat ko, senang je. tak payah nyebok follow aku. ko follow aku means ko sibuk nak tau ape aktiviti aku yang super duper heaven ni. jeles keeee weh?

Wednesday, 24 October 2012

berdialog dengan pakwe sendiri

me: saye rase saye nak pasang auto gate la kat umah ni.. tolong survey kay?  tamau         mahal2 around RM **** ja.

him: ok

me: baik cepat sementara saye ade duit ni. kalo tak saye beli lv

him: ok gak tu. wat teduh bile ujan sambil tutup pagar... kehkehkeh...

mencik...
ok, level stress aku da tahap tinggi. banyak bende nak settlekan dalam masa tang sama. sistem yang banyak bende nak kene bukak.sistem aplikasi peperiksaan sekolah (saps), sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (sppbs), aplikasi pangkalan data murid (apdm) dan sistem untuk key in data murid linus ( literasi dan numerasi) tu baru bab sistem.

pastu laporan panitia, perancangan 2013 panitia. blum lagi nak tunggang langgang buat buku program untuk hari kualiti. yang segala bagai  nama nak kena hempuk masuk dlm buku program tu.

so cuti raya haji ni memang takde makne cuti bagi aku. cuma yang bagus nye bagi peluang wat keje tanpa kene pi sekolah. kat sekolah memanjang tak sempat buat suma tu sbb asik2 kena relief. bagi relief lak tanpa belas ehsan. tension mak uolssss... smalam tengah bz print pelaporan sumatif kssr yang beratus pages tu leh pulak iman wat hal. nak tarik pwrhatian omak nye ni hah... serabut giler... bile siap print kena tandatangan setiap helai kertas tu. hai la badan...

pape pun salam aidiladha uolsss...



Monday, 22 October 2012

penat dan tenat

rase nye da tak sabar sangat nak tunggu cuti sekolah bulan november ni. masa tu la baru merasa cuti yang sebetul betul nya. walau pun untuk 1 bulan. seriously, kalau la gaji lecturer kat malaysia ni sama macam gaji lecturer kat arab saudi. da lama da aku benti keje dan tumpukan perhatian pada rumahtangga dan keluarga. rase tak mampu sangat nak juggle between keje dengan family.