Monday, 29 October 2012

keje aku, keje aku. keje orang? pun keje aku jugak ke?

sambung dari previous post...

huhu aku manage utk menyiapkan tapak untuk buku program untuk hari kualiti masa kat skolah tadi. la ni hanye perlu tunggu senarai nama penerima hadiah je. so tadi pi la tanye kat empunye ajk yang uruskan senarai nama. tanye dengan mengamalkan prinsip rukunegara yang kelima ok.. ( sila lafazkan rukunegara untuk tahu ape dia prinsip yang kelima tu).

alih-alih aku disembur. "SEPATUTNYA KO YANG KENA BUAT BORANG. KITORANG CUMA ISIKAN NAMA JA"

aku pun terdiam kejap. sebab kat keterangan tugas takde pun suruh aku wat borang. kalo tak silap aku la kan. aku pun pi check balik senarai tugas ahli jawatankuasa. then, ini yang aku jumpe....





tada... hok atas tu memang termaktub bidang tugas aku dan ajk aku. takdok suruh buat borang pun.hok yang bawah tucterang-terang tugas yang pertama da suruh dapatkan senarai nama. macam mane nak dapatkan senarai nama?  buat la borang kan... ish ish... malas nak komen la... 

Kena buli

argh... selama dua minggu ni aku mampu bertahan dengan tekanan keje yang tahap maksima. sampai berat aku naik 2 kg dalam masa 2 minggu je tau. berkorban sampai terkorban...  everything about those systems yang aku penah mention suma aku da settle kan. da cuci tangan da dengan keje2 tu. skang time to focus dengan segala pelaporan 2012 dan perancangan 2013. bile senarai kuar, nama aku la yang paling banyak kena hadap bende tu. for kurikulum je 4 laporan aku kena buat.  ade orang 1 pun tak kena. tu belum laporan dan perancangan untuk HEM lagi tu. diorang ni tak adil tau.  tau kite leh wat keje, suma keje nak bagi kat kite. selain bende2 laporan tu aku kena hadap buku program Hari Kualiti sekali.

so, hari ni aku 4 waktu berderet waktu pagi, plan lepas abes kelas nak bincang dengan Ketua Panitia  Muzik dan Matematik (aku setiausaha panitia) dan Setiausaha Panitia Pendidikan Moral ( aku ketua panitia) sebelum aku cetak those reports yang aku da buat. selain tu aku plan nak start hadap buku program dan buat ape tapak dia dulu sebelum dapat segala maklumat yang perlu disumbat dalam buku tu nanti.

alih2 bile aku masuk staffroom, aku tengok aku dapat 3 waktu relief. NYAMPAH HOKEH!!!!!! serius sangat aku bukan kaki rebel bab keje. bagi keje aku buat je. tapi ni da jadi macam BULI!!!! ade orang yang kelas dia cuma 2 waktu sehari tapi dapat 1 je relief nye. ade orang yang langsung tak dapat relief. pe**jadah nye... pastu bagi relief berderet kelas yang sama. tetibe aku teringat GPK1 SKBL aku yang lama. walau dia tu nampak kalut, tapi dia takkan buat cikgu2 macam ni. bagi relief back to back, bagi jadual 4 waktu berderet tiap hari. bagi pj 2 masa terus untuk 1 kelas. suma ni memang mengarut!!!!!!!!! aku pelik la apsal banyak2 pelawat yang da datang tak perasan bende ni suma....

ini sungguh mencabar kepositifan aku yang baru nak naik. pagi tadi kemain try to bulid the positive mode. sampai sekolah trus menjunam. aku tak kira aku membebel ja. lantak pi sapa yang dengar nak cakap ape cakap je la. aku da sakit hati.



serius sangat aku tak suke politik kat tempat keje. orang yang kaki bising or tak pandai wat keje akan selamat hidup dia. tapi orang yang tak berkira dan buat keje akan la disuruh wat macam2. tapi bile kite bising, dikata kita berkira. podah...

terukir di bintang tak mungkin hilang ♥ku padamu


Friday, 26 October 2012

leave.me.alone

sape suruh nak komen2 yang aku tak menyempat nak upload gambar konon...sape suruh ko follow aku? ade aku suruh ke ko follow? ko yang terhegeh2 nak follow aku kat instagram. aku create instagram cuma untuk share gambar aku dengan kawan2 rapat aku je. sbb tak suma kat fb tu aku consider as kawan rapat. ko tu lagi la aku tak consider as rapat. hagak2 kalo ko tau aku ade blog pun ko terhegeh2 nak follow jugak. pastu komen macam2 kat batang idung aku.


nasihat aku kat ko, senang je. tak payah nyebok follow aku. ko follow aku means ko sibuk nak tau ape aktiviti aku yang super duper heaven ni. jeles keeee weh?

Wednesday, 24 October 2012

berdialog dengan pakwe sendiri

me: saye rase saye nak pasang auto gate la kat umah ni.. tolong survey kay?  tamau         mahal2 around RM **** ja.

him: ok

me: baik cepat sementara saye ade duit ni. kalo tak saye beli lv

him: ok gak tu. wat teduh bile ujan sambil tutup pagar... kehkehkeh...

mencik...
ok, level stress aku da tahap tinggi. banyak bende nak settlekan dalam masa tang sama. sistem yang banyak bende nak kene bukak.sistem aplikasi peperiksaan sekolah (saps), sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (sppbs), aplikasi pangkalan data murid (apdm) dan sistem untuk key in data murid linus ( literasi dan numerasi) tu baru bab sistem.

pastu laporan panitia, perancangan 2013 panitia. blum lagi nak tunggang langgang buat buku program untuk hari kualiti. yang segala bagai  nama nak kena hempuk masuk dlm buku program tu.

so cuti raya haji ni memang takde makne cuti bagi aku. cuma yang bagus nye bagi peluang wat keje tanpa kene pi sekolah. kat sekolah memanjang tak sempat buat suma tu sbb asik2 kena relief. bagi relief lak tanpa belas ehsan. tension mak uolssss... smalam tengah bz print pelaporan sumatif kssr yang beratus pages tu leh pulak iman wat hal. nak tarik pwrhatian omak nye ni hah... serabut giler... bile siap print kena tandatangan setiap helai kertas tu. hai la badan...

pape pun salam aidiladha uolsss...



Monday, 22 October 2012

penat dan tenat

rase nye da tak sabar sangat nak tunggu cuti sekolah bulan november ni. masa tu la baru merasa cuti yang sebetul betul nya. walau pun untuk 1 bulan. seriously, kalau la gaji lecturer kat malaysia ni sama macam gaji lecturer kat arab saudi. da lama da aku benti keje dan tumpukan perhatian pada rumahtangga dan keluarga. rase tak mampu sangat nak juggle between keje dengan family.