Friday, 18 February 2011

sedih ade, kelakar pun ye jugak....

Pernah tak aku menangis pasal cikgu aku?
hurmmm TAK PERNAH...

Pernah tak anak murid aku nangis pasal aku?
PERNAH!!!
Bile?
1. Mase last day aku praktikum kat SK Penjom...
Siap dapat hadiah sepenuh 3 beg plastik sampah. Dan dikerumun anak murid yang ramai.. mase tu feeling ala2 mawi. (Mase tu mawi mmg tengah top)

2. Mase aku debik anak murid aku sebab tak siap homework dengan alasan petang sebelum tu dia ade training bola sepak... (aku memang pantang ok budak bagi alasan training untu tak siap keje sekolah)


Pernah tak aku nangis pasal anak murid aku?
PERNAH! PERNAH! PERNAH!
Bile?
1. Back in 2009 - alasan? lupe
2. Hari ni... alasan?? - Sila bace post ini dengan lebih lanjut...

Semalam aku da abis tande ujian diagnostik bebudak 6 Azam. result memang toksah cakap le hampeh giler. 1 kelas gagal. so, aku pun memang tension giler... pikir nye pikir last2 aku kongsi la kegeraman aku ngan Ketua Panitia Maths (KP). Akak ni memang expert ngajar year 6. so, dia pun telah memberi kata2 semangat kat aku. dia kate bebudak kelas tu memang cenggitulah.. dia suruh relax jangan tegang2 sebab itu baru 1st test. dia pun memberi segala bagai tips. maka motivasi aku pun mencanak2 le naik semula..

Pagi tadi, seawal first period aku melangkah masuk ke kelas untuk mengajar.. First thing yang aku wat cam biase check homework pembetulan kertas 2 yang aku bagi semalam la. da bincang da. siap da suruh salin atas kertas soalan. balik umah suruh depa try wat sendirik je. soalan pun tak banyak. takat 8 soalan. kalo kertas 2 tu takat soalan 1-8 memang tak melibatkan pengiraan yang giler payah. sekali leh pulak 1 kelas tak siap! bukan takat tak siap! tapi tak mula 1 hape pun...

aku pun ape lagi... sentap abis! aku pun btau le everyday aku masuk kelas depa dengan semangat dan dengan pelbagai strategi nak bagi depa pandai.. tapi tiap kali aku kuar kelas misti motivasi aku turun ke tahap tapak kaki. silap2 dah menjunam sampai ke kerak bumi. lepas abis aku cakap... aku teruk rase sebak.. fuh, tak leh jadi. demi ego, aku kuar kelas dengan macho dan masuk bilik guru. tak tahan trus ngadu kat bestfriend. air mata pun jatuh la... kawan aku cakap. toksah masuk kelas tu hari ni. bagi je keje pastu kuar kelas... aku pun wat seperti yang disuruh. tulis soalan kat papan itam then bagi tulis bertulis kat papan hitam and trus aku angkat beg dan kuar.. ceh, mase tu terjadilah babak cam filem hindustan... bebudak tu cuak and mule panggil "cikgu....." oh gasak!!!

yang aku kelakar tu lepas rehat aku kena masuk kelas depa semula untuk ajar seni. kebetulan hari ni memang target nak wat seni. before aku masuk, mase kat koridor lagi senyap sunyi je kelas tu. yang bising pun takat sorang dua jek... aku siap dengar lagi member2 diorang doq cakap "eh senyap la.. cikgu mila da datang" sangat kelakar ok.

kebetulan hari ni nak suruh diorang lukis bentuk geometri 2D. cam ade kait2 sket ngan maths le.. itu namanye penggabungjalinan. bile suruh sebutkan bentuk2 2D. sekor2 termangu2. sabar jela. before suruh diorang lukis aku cakap lukis frame kat kertas lukisan.. aku nak frame tu sama besar. 3 cm. lagi la termangu2.. cam tatau jek camne nak buat. mase tu la kaw2 aku perli. korang kan pandai maths... cepat la buat... hambek ubat...

mane ade cikgu dalam dunia ni yang sampai hati tengok anak murid dia tak pandai. so aku pun ngajar le camne nak ukur 3 cm tu.. pastu baru la diorang buat... sambil2 diorang melukis tu aku cakap keje umah semalam aku nak hari isnin. dan keje pagi tadi pun aku nak hari isnin. dan yang paling aku tak tahan tu... boleh pulak diorang suma siapkan keje2 dan hantar buku time tu jugak... sabar jeeee la....

No comments: