Wednesday 27 July 2011

Kelebihan Masjidil Haram dan Mekah

Kelebihan Masjidilharam:

Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya:

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.

Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.



Info untuk dikongsi... Kelebihan Berada di Tanah Suci Mekah

1. Tanah Suci Makkah merupakan semulia-mulia bumi tempat lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Sesiapa yang beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu sembahyang di masjid lain.

3. Kaabah (Baitullahil Haram), kiblat seluruh umat Islam dalam sembahyang di mana memandang Kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat, jika bersembahyang kepada-Nya akan mendapat 40 rahmat dan jika melakukan tawaf akan mendapat 60 rahmat.

4. tempat-tempat yang paling mustajab berdoa seperti di Multazam, di Hijir Ismail, di Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan.

5. Dapat menjadi tetamu Allah atau tetamu Al-Rahman yang akan diperkenankan segala permohonan dan diampunkan jika memohon keampunan.

Tiba di Mekkah

sambungan dari kisah dahulu...

selepas bermiqat, kami pun bertalbiah beramai2... pastu Ustaz Kahar (ahli rombongan) bagi sedikit tazkirah semasa dalam bas. serius cakap, jiwa sangat tenteram je sepanjang perjalanan. walaupun dalam hati ade sedikit perasaan berdebar2... tapi disebabkan perjalanan tu jauh lagi, tanpa disuruh, memang confirm la aku tido kan.. da nak dekat2 sampai Mekah baru tersedar. itu pun masih mamai2.. sampai da lewat jugak la. almost midnite. masa nak masuk kota mekah ade doa yang telah diajar. kalau tak hafal pun takpe sebab dalam buku panduan ade doa tu.

sesudah sampai, kami semua check in hotel dulu da freshen up... lepas tu solat jamak takhir untuk magrib dan isyak. lepas settle semua, kami semua berkumpul semula di dobi. bersiap sedia untuk menunaikan umrah yang pertama... kebetulan hotel kami dengan masjid jarak dia hanya lebih kurang 10 minit jalan kami... berdebar sangat masa tu. mengantuk dan letih pun iye jugak. bile da hampir sampai dengan pintu masjidil Haram, subhanallah... cantik. terang benderang sangat. kebetulan kami masuk ikut gate King abdul aziz. so, memang nampak menara jam yang tinggi tersegam indah... walau pun waktu tu da tengah malam, tapi manusia masih ramai lagi kat situ. bile kaki melangkah masuk ke dalam masjid, aku rase macam mimpi sangat. Kaabah ade di depan mata. macam tak percaya akhir nye aku berdiri mengadap Kaabah. terus aku baca doa melihat kaabah. Bermimpikah aku? sampai sekarang, setiap kali kalau orang tanye pengalaman aku melihat kaabah dan bercerita pengalaman berada di masjidil haram, memang confirm air mata aku akan mengalir... (sob sob sob.. ye sekarang pun saya sedang menangis). nak2 kalau masa solat. ya Allah, aku masih terbayang2 Kaabah di depan mata. Indahnya kenangan di sana.

sebelum menunaikan umrah, kumpulan kami da pakat2 berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil supaya takde yang hilang or sesat. itu pun, kalau korang nak tau, sebaik sampai Mekkah, ade sorang ahli rombongan yang hilang. aku pun tatau camne dia hilang n camne dia boleh dijumpai semula.

mula2 kami bertawaf. yakni mengelilingi Kaabah 7 kali bermula dari sudut hajarul aswad. selepas selesai bertawaf, digalakkan berdoa di multazam(ruang di antara hajarul aswad dan pintu kaabah). multazam ni antara tempat2 yang mustajab doanya. selepas berdoa, digalakkan menunaikan solat sunat tawaf di belakang makam ibrahim. seterusnya bersonat sunat di dalam hijr ismail.

masa first time bertawaf sangat takut kalau2 terbatal wuduk sebab nanti terpaksa berwuduk semula sedangkan orang lain selesai tawaf. lagi pun tempat wuduk untuk perempuan mmg takde.. kalau nak ke tandas, mmg tak digalakkan. selain tu takut jugak bile orang ramai bertawaf dan saling bertolak2, takut bahu kiri da tak setentang dengan kaabah. so, mmg aku berhati2 sangat masa nak tawaf...

Syarat sah bertawaf :


•Suci daripada hadas dan dalam keadaan berwuduk
•suci badan / pakaian / tempat tawaf daripada najis
•Menutup aurat seperti mana dalam sembahyang
•Bermula daripada sudut hajarul aswad dan berniat tawaf jika tawaf Wada’ / Sunat/ Nazar
•Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
•Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan lain (contoh nye nak mengejar laki korang yang berjalan terlalu laju)
•Cukup 7 kali keliling dengan yakin
•Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

Antara perkara-perkara sunat semasa Tawaf :

•Berjalan kaki
•Beridtiba' (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan), sunat bagi lelaki pada tawaf yang diiringi dengan saie
•Istilam Hajarul Aswad atau melakukan isyarat tangan dengan tapak tangan ke arah Hajarul Aswad
•Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
•Berdoa atau berzikir semasa tawaf

aku prefer bertawaf sorang2 walau pun pegi masjid ramai2. maksudnye, lepas niat tawaf, sendiri2 bertawaf tanpa tunggu sape2. abis selesai tawaf, aku akan janji dengan adik n suami aku untuk tunggu kat 1 tempat yang setentang dengan hajarul aswad di bawah lampu hijau... lampu hijau ni penting, sebab nye lampu tu akan menentukan kita da selamat tawaf 1 pusingan dan bakal masuk pusingan yang seterusnya... bile semua da ade kat lampu ijau, kami pun pegi ke rukun umrah yang seterusnya... iaitu bersaie

lepas selesai melaukan tawaf umrah,, boleh la menuju tempat bersaei pulak... bersaie dari safwah ke marwah. alhamdulillah, tempat bersaei sangat selesa. da takde lagi insiden kena langgar dengan wheelchair or kena tolak degan jemaah2 lain. cuma nye ape yang boleh aku kongsikan dengan korang, bersaei ni lebih penat dari bertawaf. sedangkan aku bayangkan tawaf lagi susah dari saei. cam yang korang tau, saei kena berulang alik dari safwah ke marwah 7 kali. 1 round tu lebih kurang 750 meter jarak dia... tapak kaki memang agak sakit dan betis cam nak cramp jugak la... cuma nye, kalau sesape rase penat, buleh berhenti kejap.. nak tido dulu pun takpe. then sambung semula.. air zam-zam lak mmg sentiasa ada kat situ... buleh cuci muka kalau mengantuk... pastu, masa bersaei ni, kalau wuduk da batal pun takpe.. masih sah lagi ibadah korang tu...

masa 1st time aku buat umrah, aku selesai bersaei pukul 3 pagi... selesai bersaei? what's next?

Bertahalul!!!
bertahalul bermaksud keluar dari ihram umrah dengan cara memotong sekurang2nya 3 helai rambut. sebelum menggunting rambut, kena baca niat nya.. bila selesai bertahalul, bermakna sempurnalah umrah yang pertama... semoga umrahku diterima. ameen...






menara jam...
terpaksa tepek muka dak ni sebab
camera aku da ilang... so, gambau pun elek.





ramai kan?





saei...






berdiri di bukit marwah..
selepas selesai bertahalul...




lampu ijau...
tempat berkumpul selepas selesai tawaf

Tuesday 26 July 2011

miqat di Bir Ali

salam...
da lama nak continue update kisah kat tanah haram.. tapi disebabkan kesuntukkan masa. jadi niat tu tak dapat di tunaikan... so, mari sambung cerita ceriti itu...

selepas 3 hari berada di Madinah, ahlil rombongan haji yunus ni pun mula la nak berangkat ke kota suci Makkah al-mukaramah. selepas solat zohor, kitorang pun naik bas dan bertolak ke Mekah. tapi, kena singgah ke satu tempat yang nama dia Bir Ali. perjalanan dari Madinah hanya la 15 minit saja. Jemaah dari Madinah akan bermiqat di sini.

bermiqat bermaksud tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. sebelum bermiqat, kami menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. lepas tu sama2 berniat ihram atas bas. selepas berniat ihram, sila jaga pantang larang umrah...masa kami sampai Bir Ali tu kebetulan da nak masuk waktu Asar. jadi, walau pun semua da naik bas, driver bas suruh kami turun semayang asar dulu. pastu buleh la kami semua berangkat beramai2 ke Tanah suci Mekah... perbanyakkan lah bertalbiah

Labbayka Allahumma labbayk....





satu-satu nye gambar di Bir Ali dalam simpanan

Monday 4 July 2011

Madinah!!!

after the long long hours journey.. alhamdulillah, akhirnye sampai gak kat madinah. sampai around 5 pagi. bile bukak mata masa bas tengah berjalan lagi.. nampak masjid nabawi... subhanallah... cantik sangat. lampu terang benderang... masa tu orang da start ramai. da sesak da... tapi kami tak pi masjid. check in hotel dulu. da la masa tu subuh da nak abis... so, stakat solat subuh kat hotel je la. itu pun kelam kabut sebab pembahagian bilik. sape yang share 1 bili 2 orang je yang baru dapat kunci. termasuk le aku yg sebilik berdua tu... yang blum dapat kunci pakat2 tumpang solat kat bilik orang2 yang share bilik berdua... huhu time kalut2 ni la tudung itam aku ilang.. da tertukar dgn orang lain. tapi belasah jela

lepas selesai solat, ketua rombongan (aku panggil dia haji yunus) btau dalam 0730 hrs kaum2 wanita kena berkumpul sebab nak pi raudah. kalau pi lambat nnt panas.. aku pelik gak, panas ke pukul 7.30 pagi.. geghupoe nye.. memang panas... hihihi...

raudah ni adalah merupakan satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah, raudah jugak merupakan tempat turunnya wahyu kepada baginda. dia juga dikenali sebagai taman syurga.

bagi kaum lelaki, depa boleh masuk raudah anytime. tapi bagi kaum perempuan dia ade waktu2 tertentu je yang dia buleh masuk. jadi kena ambil peluang yang ade la.. kat raudah ni tempat yang paling mustajab untuk berdoa. alhamdulillah, aku dapat masuk 3 kali. nak tau kalau kite da masuk kawasan raudah senang je.. sebab nye carpet kat masjid ni suma kaler merah. carpet kat raudah je kaler ijau... so, kalau sampai kat situ, ape lagi, jangan lupe solat sunat dan banyakkan berdoa...

sebelum sampai raudah, para pengunjung akan diasingkan. maksudnye jemaah dari malaysia n indonesia akan dikumpulkan setempat. dari arab (iran, iraq, jordan dll) lak dikumpulkan dalam 1 group. yang dari india, pakistan n bangladesh lak 1 group yang lain... bukan ape.. jemaah arab suma nye saiz besar2... ganas2 lak.. kalau masuk raudah degnag diorang mmg parah le kena tolak...

yang unik nye, penjaga masjid kat masjid mabawi ni pandai cakap melayu. so sangat mudah la kite nak tunggu isyarat untuk masuk ke raudah. 1st time masuk raudah, memula kitorang kena tunggu jemaah arab selesai. sementara tunggu tu sempat la solat tahiyatul masjid and bace yassin. pastu adik aku cadangkan kitorang wat sujud syukur... masyaallah, airmata aku masa tu toksah nak cakap.. rase sedih, terharu dan bersyukur sangat sebab dapat menjejakkan kaki ke masjid rasullah dan menjadi tetamu rasullah SAW.

selain dari masjid nabawi yang cantik, kitorang ade gak ziarah beberapa tempat yang lain di sekitar madinah antaranye

• Masjid Kuba’
• Masjid Kiblatain
• Medan Uhud
• Medan Khandak ( Masjid Tujuh )
• Pasar Tamar

sedikit info untuk dikongsi KELEBIHAN MASJID NABAWI

*Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

*Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah saw telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

*Dari Jabir Radhiallahu Anhu; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."











pekena teh arab kat ladang tamar




masjid qiblatain





masjid nabawi





makam para syuhadah
saidina hamzah turut dikebumi di sini


masjid quba



the journey MELAKA - KUANTAN - KL (KLIA) - COLOMBO - JEDDAH - MADINAH

hambek ko.. panjang giler perjalanan sebelum sampai ke Madinah. journey dari melaka start pada 25052011 (rabu) menuju ke Kuantan... kuantan? apsal kuantan? nape tak direct pi kl? huhu sebab nye aku nak pi anta anak2 tercinta kat umah parents aku. lagi pun mmg aku ngikut rombongan umrah dari kuantan... so, after school hari rabu tu kami pun berangkat ke kuantan. sampai kuantan da malam..

the next day nye pulak 26052011 (khamis), aku ngikut rombongan naik bas dari kuantan ke KLIA. bertolak dalam jam 2200. dalam bas mmg bantai tido je. sebelum naik bas ade la sesi air mata. sedih nak meninggalkan bebudak tu... tapi kejap je. bile sampai klia, perasaan nak buat umrah berkobar2. sampai klia lak pukul 2 pagi. flight aku dijangka berlepas at 0910 hrs. lama giler. sakan meround dalam airport tu. ahlil rombongan lain bantai tidoq...

cut the story pasai klia, so on 27052011 (jumaat) kami pun bertolak ke colombo, sri lanka. sebab naik airlanka. jadi musti la transit kat sane.. selepas 5 jam dalam flight yang mane pramugari2 nye pakat tayang perut, kami pun sampai colombo. transit 4 jam tapi flight delay... huhu dekat 6 jam meround dalam airport dia.. da la airport kecik. nak dapat makanan halal pun susah... kebulur la kami.... yang banyak terjual kat airport tu ape lagi kalau bukan ceylon tea... da nama pun negara sri lanka kan... tapi ade benda yang buleh diambil iktibar mase transit kat sini... nnt2 aku story..

lepas transit dan kebulur giler kat colonbo, akhir nye at 1800 hrs, flight kami take off to jeddah airport. masuk dalam kapal terbang terus depa hidang makanan. alhamdulillah. kari depa mmg power... lepas kenyang harus la tido... entertainment dalam flight sangat la boring. lagi pun otak da set nak pi wat ibadah. hiburan mmg da tak ingat da time tu.. berdebar2 ok..

akhir nye!!! lepas 4 jam dalam flight, kami pun landing bumi arab saudi dengan selamat pada 2230 hrs 27052011 (sabtu) masa tu kitorang kuar kat international terminal. mase balik kami kuar melalui terminal haji. so orang tak berapa ramai... rase nye itulah hari yang paling panjang dalam hidup... bile sampai airport jeddah, ade la ahlil rombongan yang tak dapat beg.. so, kena la tunggu... tunggu nye tunggu dekat 1 jam akhir nye dapat kuar terminal... nak pi tunggu bas lak.. sebab kami tak pi masuk mekah. kami pi madinah dulu. Jeddah - Madinah makan 6 - 7 jam naik bas.. auwww... mmg rase penat sangat... bas pulak mase tu lambat sampai. so duduk la merenung nasib kat situ. sempat gak beli sim card arab. pakai line zain.. tringat kat maher zain. hahaha.. lepas beli tu kami la pi promote kat ahli rombongan yang lain tentang sim card murah. sbb nye masa dalam terminal sim kad mahal..

dalam rombongan tu kire aku, encik suami n adik aku la yang paling muda remaja. yang lain2 suma pangkat abang2 kakak2... kebetulan gak kitorang bkn penduduk kuantan. so mmg tak kenal la sesape dalam rombongan. ahli rombongan lain mmg da kenal sebab depa ade attend kursus sesama. and mostly depa kakitangan awam. ketua rombongan tu lak bekas kakitangan awam... mase tu la sesi bersembang giat dan rancak di jalankan.

tunggu nye tunggu akhir nye bas pun sampai.. membawa kami ke destinasi yang tak lain dan tak bukan... Madinah al munawarah.



transit colombo...
ni je satu2 gambar yang ade.
da la gelap..
gambar lain gagal diselamatkan..
kamera aku ilang kat mekah...