Wednesday 27 July 2011

Kelebihan Masjidil Haram dan Mekah

Kelebihan Masjidilharam:

Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya:

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.

Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.



Info untuk dikongsi... Kelebihan Berada di Tanah Suci Mekah

1. Tanah Suci Makkah merupakan semulia-mulia bumi tempat lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Sesiapa yang beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu sembahyang di masjid lain.

3. Kaabah (Baitullahil Haram), kiblat seluruh umat Islam dalam sembahyang di mana memandang Kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat, jika bersembahyang kepada-Nya akan mendapat 40 rahmat dan jika melakukan tawaf akan mendapat 60 rahmat.

4. tempat-tempat yang paling mustajab berdoa seperti di Multazam, di Hijir Ismail, di Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan.

5. Dapat menjadi tetamu Allah atau tetamu Al-Rahman yang akan diperkenankan segala permohonan dan diampunkan jika memohon keampunan.

3 comments:

NFA said...

Assalamualaikum. Mohon izin untuk berkongsi info kelebihan Masjidil Haram dan Mekah ini di blog saya:)

zurYn said...

sila la share... B-)

zurYn said...

boleh B-)