Friday, 24 January 2014

Iman bukan setakat mutiara...

Lama da tak mengarang.. 2 minggu pun rase   lama ke? Ayoyoyo... nampak sangat kau da bosan kan.

Meh nak cita pasal anak-anak.  Anak-anak lagi. Hmmm very the mak-mak sangat kan. Yelah kejadah nye memang hari-hari mengadap anak-anak je kan. Bapak nye hadap jugak. Tapi sangat tak relevan dengan tajuk besar blog.

Ni nak cita pasai si tembam. Iman. Tembam ke? Ntah la. 2 hari lepas berskype dengan mama. Diorang dok cakap iman da tembam. Mane tak nye. Mase dia berskype dengan nenek dia tu. Memula dia mkn pisang. Tibe-tibe dia missing in action. Kemudian muncul semula sambil mengunyah roti.

Iman pegi sekolah start pukul 8.30 until 12.30 on tuesday to thursday. Jumaat pulak sampai 11.30 je. So genap 15 jam seminggu untuk dia attend the playgroup. Pepagi aku ngan abah dia akan hantar diorg berdua gi sekolah. Jalan kaki. Dalam 15 minit jugak la berjalan. Sesampai kat sekolah aku akan anta iman while abah nye lepak dengan haikal. Sekolah diorg dalam kawasan yang sama. Building je lain. Pintu masuk sama.

Bile sampai sekolah iman akan simpan lunchbox kat tempat yang disediakan. Kemudian dia akan gantung jacket or coat kat tempat yang telah dikhaskan untuk dia. Gloves dengan hat pun gantung di tempat yang sama. Siap da tulis nama dan ade gambar masing-masing. Mama pulak akan sign in iman masuk dalam buku yang disediakan. Pastu boleh balik. Iman pulak bile sampai sekolah bukan eran lagi kat aku. Nanti pukul 11.30 dia akan lunch dengan kawan-kawan. Iman ni senang. Dia tak pernah complaint ape-ape yang aku bawak. Suma dia telan. Cuma dia penah complain bekal tak cukup jer. Huhuhu.

Bile 12.30 aku akan amik dia balik sekolah. Once again, kene isi buku nak sign off le konon tu. Kat sini tak boleh sebarang-sebarang orang yang bileh amik anak kite. Selain ibu bapa, kalo nak suruh orang lain amik, masa daftar sekolah tu kene btau sape yang boleh ambil. Or else, call sekolah dan maklumkan password untuk orang yang nak amik anak kite. If password nye sama, baru anak kite boleh balik. So, balik pada kisah iman balik sekolah.  Sampai je umah dia akan mintak makan lagi. Kalau dia tak sempat abeskan bekal kat sekolah, balik tu dia continue makan bekal dia. Then mintak epal ke, yogurt, pisang, biskut ape-ape je bende untuk dimakan. Nanti 3.15 abang haikal balik and mintak makan. Iman pun akan makan sekali. Bile petang abah balik, dia join lak abah makan. Begitu la sehingga dia tido malam. Makannnnnn je. Jadi memang layak la dia tembam. Jangan panggil dia gemuk. Dia marah. Dia cuma tembam je. Katenye. Hehehe


Tadi, 10 meter sebelum sampai kat pintu pagar sekolah iman, aku ditegur oleh seseorang. Orang brunei. Anak dia sama sekolah dengan iman. Terperanjat gak aku. Tibe-tibe tegur terus tanye 'iman ok tak kat sekolah. Dia boleh cakap bahasa inggeris tak?' So kami pun bersembang sekejap. Kebetulan hari tu kitorang registerkan anak masing-masing sama hari. Cuma tak bertegur. dia cakap anak dia nangis tiap kali pegi sekolah. Dia kate dia tengok iman sangat ok. Walau pun iman bukan paham ape cikgu cakap, tapi iman seems to enjoy activities kat sekolah dan akan mengambil bahagian dengan aktif. Ok, mama nye da terbayang camne aktifnye si iman. Pelik jugak macam mane dia tau macam-macam pasal iman. rupenye,  tiap hari dia dok teman anak dia kat sekolah. Huhu sampai dia boleh tolong translate ape cikgu cakap kat budak melayu yang tak reti speaking omputeh. Ooo gitu ye. Tapi aku cakap maybe sebab iman da penah sekolah kat malaysia. Dan anak orang tu pun kecik lagi baru 3 tahun lebih dan tak penah bersekolah. So aku cakap dia tak perlu risau sangat. Huhu walau da berhenti sementara dari jawatan guru, tapi naluri seorang guru masih mekar di dalam sanubariku. Pergh, sila muntah. Sekian.

Meh layan gambar2 iman meh


Mama suruh pilih antara playground dengan abang jebat.
Dia pilih playground.



Ni project buat kalendar dekat sekolah.
Iman & bff dia. Mikail.
cikgu cakap kalau budak bedua ni bersembang, 
memang sakan dan tak 
ingat dunia




ni gambar dengan mikail lagi.
mase ni iman belum masuk playgroup lagi.
pegi main kat playground dan terjumpe mikail ni. 
Tak sangke pulak nak jadi bff. 



ish.. sangat geram tengok iman dalam gambar ni.
nampak sangat girlie la pulak.
bile tanye dia nanti iman nak rambut panjang ke pendek.
dia cakap dia nak rambut panjang.
Y?
dia jawab: sebab baru la senang nak jadi perempuan.
hahaha...  yelah anak



huhu ni the other side of iman's calendar.
dia lukis cat.
cat????
ayoyo abstract sangat karyamu ini wahai anak.
tapi, siapa la mama untuk komen. Sebab mama pun kantoi
kalo bab2 melukis.
cuma mama harap,
 iman jangan tunjuk abang haikal kalau iman tak nak kene kutuk. 
Hahahaha

No comments: