Thursday, 9 January 2014

sekolah lagi

Kelmarin lepas da submit borang playgroud iman. Cikgu dia suruh datang rabu depan untuk sesi perbincangan dan sign paperworks. Tapi manager playgroup tu cakap datang je esok. Dia akan tolong dengan paperwork tu suma. Jadi cikgu dia tak leh ingkar perintah la kan..

esok nye (semalam)lepas zohor kami bertiga pun melangkah kaki ke thorpe acre playgroup. Abah tak join sebab ade sesi induction kat uni. Berjalanlah kami selama 15 minit. Kitorg sampai terawal walau pun giliran kitorang last skali. Hmm budak2 enjoy la dengan segala macam toys yang ade. Mama nye amik kesempatan meround dan meninjau persekitaran luar dan dalam playgroup. Sampai naik bosan siap terduduk sama sambil join imanhaikal main train.

tunggu punya tunggu giliran kami pun tiba. So manager playgroup tu sendiri entertain mama ok. Nama dia mrs giles. Da berumur tapi slim and nampak loving dan caring. So mrs giles pun explain segala bagai hal berkaitan playgroup sambil2 mama isikan forms. Siap kene isi borang bagi permission ke tak untuk depa nak observe and recordkan development iman. Pastu ade borang permission samada bagi ke tak gambar iman diambil sekiranya ade ape2 event kat school.

hari tu kan ade bagitau yang iman kene attend 15 hours per week untuk sesi playgroup dia. Kita plan 3 jam sehari isnin sampai jumaat. Meaning iman takkan lunch kt playgroup. Kalau nak lunch kat playgroup kene amik sesi 4 jam sampai 12.30. Tapi memandangkan sept 2014 nanti iman da nak sekolah betul (reception), mrs giles cadangkan iman join sesi yang ade lunch. Pikir-pikir balik. Why not. Bagi dia familiar awal-awalkan. Last-last mama setuju iman pegi playgroup dari selasa till khamis untuk sesi 4 jam dengan lunch. Jumaat hanya 3 jam without lunch. so skang mama tengah berkobar-kobar nak cari lunch box dengan lunch bag untuk iman. Survey kat argos mahal tapi just ade bag and bottle jek. Kami amazon murah tapi lambat dapat sebab nak kene pos. Stress ok.

next tuesday 14.1.14 iman akan start playgroup session dia. Lawa kan tarikh dia. Makne nye abang  kene dok umah dengan mama sebab tak dapat respond dari council lagi. Adeh. cepatlah abang sekolah.leh mama bersukaria merayap kat city centre.hahaha...

bukan ape la. Sebenarnye risau dia ketinggalan. Sebabnye sesi sekolah kat uk ni start bulan september. Ni da januari. Da 4 bulan budak kat uk sekolah. Bulan september ni dia da nak naik year 3. Sempatkah? Ala.. tak payah risau mama. Haikal bukan nye kene buat pbs. Kat sini budak-budak dinilai dan diukur ikut kemampuan mereka sendiri. Tapi, BUKANKAH KONSEP PBS KAT MALAYSIA PUN MACAM TU KE MAMA? hahahahahha mama senyum jelah. Taknak jawab. Boleh? Mama da putus cinta dengan pbs tau tak.

Reminder. Takut mama lupe.


Homework untuk mama isikan jurnal development iman



borang lagi. Selain parents sape yang boleh amik iman balik sekolah



 
perkara-perkara lain yang ibubapa perlu tahu

No comments: