Thursday 27 January 2011

subjek yang ditawarkan

oleh cikgu mila ialah...

ni aku tengah cuti ni.. plan nak pi penang bertolak pagi ni. tapi laki che bz so kena bertolak lepas solat jumaat... hadoiii penat tau che mengorbankan diri. sanggup amik cuti rehat khas (crk)... cuti rehat cekgu da la 7 haghri je setahun... (takpa, cikgu kan keje senang.. half day jek pastu cuti kan banyak ---- ayat2 dengki dari orang2 yang tak penah jadi cikgu). so, ni tengah kerinduan pada sekolah la ni... da terbuang la 4 masa nak hadap kelas yang memang mampu menarik tertarik memang debom segala kuasa dan tenaga yang aku ada setiap kali masuk kelas depa.. kelas 6 azam!!!

this year aku ngajar subjek maths (ngajar 2 kelas... kalo ikutkan gpk 1 nak bagi aku 3 kelas. tapi nasib dapat 2.. mamposs woo nak tande keje budak), seni (sure gpk 1 tatau betapa kayu nye aku ngan seni), muzik and pj /pk (year 1... yes, i like. kontrak aku selagi ngaja kat skbl mmg pj year 1. syukur this year tak dapat pj tahap 2. buleh rehat wat ujian SEGAK bergaye)


-MATHS-
untuk maths aku nye kontrak kat skblm mistilah tahap 2. dan selepas berehat setahun dari ngajar tahun 6 this year aku kembali pegang title guru tahun 6. title tu jugak bakal berterusan. sebabnye aku jugak ngajar tahun 5. so, sudah pasti nye aku akan mengikut budak2 tahun 5 itu ke tahun 6. untuk maths ni takde bende sangat especially untuk tahun 5. sebabnye aku dapat budak kelas nombor 1. kelas 5 arif. and aku jugak la selaku guru kelas. cuma nye aku tak suke nak amik masa maths untuk selesaikan urusan kelas... yang kelas year 6 lak, memang aku da ngajar depa dari tahun 5. so da kenal da sape antu jembalang dalam kelas tu. diorang ni kelas paling ujung. so, memang tenat la setiap kali abis lesson.

-PJ & PK-
for pj, hehehe saye sangat suke ngan modul kssr!!! i heart u la modul kssr. memudahkan keje cikgu. cuma nye tak larat nak wat pentaksiran. every lesson ade pentaksiran. kemahiran berjalan pun nak kena taksir. tapi yang hokeyh nye pk 1 ckp worksheet tahun 1 dan tahun 6 buleh fotostat kat sekolah. yippie!!!! boleh jimat beratus2 duit gaji aku tau... aku ngajar kedua2 kelas pj year 1. 1 Arif dan 1 Adil. budak2 this year especially kelas yang kedua tu kelas 1 Adil nampak nye suke bermain. bagus nau le tu. tak macam 1 Adil last year, belajar pun pasif.. main pun pasif jugak.. boring!! tak fun nak ajar. budak year 1 tahun ni mmg ok la kot.

tetiap pagi selasa and khamis wajib la pak guard montel skbl nengok aksi terlampau cikgu pj tahun 1 yang naik sheikh nak ngajar pj. SEMANGAT!!! maklum la pj kan aku nye 1st minor subjek kat maktab dulu. penat tau kena seksa kat maktab. so, sesia la kalo ajar pj malu2. cuma lega tak ajar pj tahap 2. pj tahap 2 tak se fun pj tahap 1. sebab nye budak laki nye takde bende lain yang nak dibuat. asik nak main bola. bile cikgu nak ajar ikut syllabus, mula la masing2 tarik muka. yucks!!!

-SENI-
oh tidak!!! aku kembali ajar seni tahun ini. aku tak berapa suke. sebabnye kena wat persediaan rapi sebelum mengajar. semput wooo nak mencuri masa nak wat contoh untuk tayang kat murid. da la masa aku memang sangat berharga. title slummy mummy kepada 2 orang budak kecik la katekan. tambah lagi dengan title cikgu maths. tetiap hari gigih bawak balik buku latihan murid and tande lepas makan malam sampai nak terkeluar bijik mata nengok nombor2 dan tulisan murid2. kalo yang kemas tu ok la. kalo yang tulis nombor 9 macam nombor 4 dan nombor 0 macam nombor 6 and nombor 5 macam nombor 3, tak ke aku sakit hati? wajib la untuk aku mengurut dada dan berzikir banyak2 masa menanda buku tu.. hehehe sambil tanda buku dapat pahala berzikir tau. aku malas nak perap buku latihan maths sebab nye aku nak memastikan murid2 aku tu paham lesson cikgu dia ni. kalo banyak nau yang tak betul, cepat2 kena betulkan semula. syllabus pun nak kena kejar gak.. last2 aku yang terkejar2. bayangkan tulisan murid yang membuat aku berzikir tu tak ditanda selama seminggu, fuh, boleh ganti pelakon fatimah juling la jawab nye aku ni nanti. atas sebab tu la aku tak suke ajar seni. komitmen pada subjek maths sangat2 la aku perlukan. cuma yang bagus nye pk 1 bagi aku kelas seni tahun 6 Azam. hehehe, baguih untuk mengejar syllabus maths. nasib gak la pk 1 tak bg aku ajar pj kelas budak2 ni. kalo tak surely depa asik nak pi padang jek main bola. UPSR kan lambat lagi (ayat perli).


-MUZIK-
music... music( sekali kuar lagu madonna tau)
aku sambung kontrak last year ngajar muzik tahun 2. cuma tahun ni tambah 1 kelas muzik tahun 5. budak year 2 ni aku da penah ajar. last year ajar depa pj. so depa da kenal da cikgu mila depa ni. cikgu mila kan baik.. tak garang... yelah sangat. cikgu ngajar korang pj ngan muzik. memang la cikgu tak garang. tunggulah korang naik darjah 5 besok. baru korang tau karektor sebenar cikgu mila korang ni. begitulah yang terjadi pada kakak-kakak dan abang-abang korang kat kelas 5 Arif tu. ajar muzik ni senang je la untuk tahap 1. cuma bile kena ajar tahun 5, tu yang agak pening. masa zaman aku sekolah dulu, aku ingat la segala macam not2 muzik dan cara nak tiup rekorder. skang ni aku cuma tau nak tiup wisel je (masa pj la)


tempek gambar koleksi lama

pertandingan nyanian lagu patriotik sempena merdeka 2010( nampak tak jari cikgu muzik kat tepi gambar? sayang nye photographer tak paham kehendak cikgu muzik ni supaya masukkan gambar dia skali dalam gambar ni)




inilah dia semangat bersukan... budak 5 Arif 2010 yang dididik oleh cikgu mila



No comments: