Thursday 4 August 2011

cara mengurangkan masa menggoreng ayam


wah wah kengkonon nak share petua la kat sini... sementara nak tunggu sistem SAPS ni nak loading.

normally kalau nak menggoreng ayam mmg memakan masa nak tunggu ayam tu siap kan? tak tau la bagi korg. tapi bagi aku mmg boring nak tunggu ayam tu siap goreng... nak2 masa menggoreng tu 2 budak kicik itu mintak macam2... tapi kalo korang ade deep fryer maybe takde masalah la kot..

petua ni aku dapat dari sorang kakak mase aku duduk uk dulu.. cara nye?

1. korang gaul la ape yg korang nak letak kat ayam tu.. kalau ayam goreng style bodoh2 je cuma perlu ayam, serbuk kunyit n garam kan..

2. lepas da gaul tu, sila masukkan dalam bekas yg microwaveable...

3. masukkan bekas yang microwaveable tu ke dalam microwave oven. temperature letak high. time letak dalam 10 minit. chalow.. pi buat keje lain..

4. goreng ayam macam biasa...

simple kan? bile korang masuk ayam dalam microwave, korang leh wat bende lain. masa menggoreng pun dapat dijimatkan.. buleh try kalau tak pecaye.. pastu jangan lupe bagi komen samada betul ke tak petua aku ni.. cewwah...

No comments: